c

Persiapan 2 Misi Raya bersama E-Kelas

27 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Persiapan 2 Raya bersama E-Kelas dirangkumkan dengan suntingan video KDB Funniest untuk edisi Gawai Raya dijalankan pada 26 Mei 2019 bertempat di tapak luar dan dalam Pusat Internet Kg. Pandan. Penghasilan video tersebut bertujuan memberi kesedaran tentang buli siber yang memfokuskan perihal viral berleluasa di dalam media social iaitu Facebook. Watak terlibat merangkumi para pengunjung setia Pusat Internet Kg. Pandan yang memberi kerjasama secara sukarela dan menyeronokkan. Tema Gawai Raya dengan perhiasan ruang utama Pusat Internet Kg. Pandan yang dihias indah menarik perhatian semua untuk sama-sama menjayakan video tersebut. Penambahan pada perhiasan di ruang utama turut menjadikan sudut tersebut tampak meriah dengan gabungan dekorasi Gawai dan Raya Aidilfitri.

Sesi suntingan video dijalan bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Mereka sangat teruja dengan penghasilan penuh video tersebut yang bakal disiarkan tidak lama lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali